Monday, May 31, 2010

APAKAH CUKUP SEKADAR KUTUKAN...

19 aktivis pro-Palestin yang menyertai konvoi kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin terbunuh di serang oleh tentera dan komando Israel di perairan antarabangsa, di luar pantai Gaza.

Flotila kebebasan yang disertai oleh kapal-kapal bantuan dari beberapa negara termasuk dari Malaysia dan beberapa negara lagi, telah bergerak dari pelbagai destinasi dijadual bertemu di tengah Laut Mediterranean untuk berkumpul dan berlayar secara berkumpulan menuju ke Gaza.
Turut serta dalam misi ini adalah 11 rakyat Malaysia iaitu 9 dari Pasukan Pengurusan Krisis dan Sokongan Keluarga Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dan 2 krew Astro Awani


Mereka yang menyertai misi bantuan kemanusiaan itu ialah Noorazman Mohd Shamsuddin, Dr Mohd Arba Ai Shawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan, Dr Selamat Aliman, Jamaluddin Elias, Al Hami Hussian Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad, Abd Halim Mohamed Redzuan, Hasanuddin Aqsi As Syarif. Dua krew Astro Awani ialah wartawan Ashwad Ismail dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip.

Sekumpulan lagi rakyat Malaysia dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang menaiki kapal utama Rachel Corrie, selamat selepas tentera Israel hanya menaiki kapal Marvi Marvara bagi menghalang konvoi itu.

Tiga wakil PGPO atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu serta Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria. Mereka disertai wartawan TV3, Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Kita patut mengutuk kekejaman ini dan tidak akan memaafkan tindakan Israel kerana membunuh aktivis pro-Palestin yang tidak bersenjata. Semoga mereka yang di tawan dilindungiNya dari segala kesulitan dan kerumitan dan diharapkan keluarga mereka juga tabah untuk menghadapi dugaan ini.